Sejuk. Lepas hujan. Sisa-sisa rintik yang tak terhabis menitik atas zink. Tiada bunyi simpati minta berhenti, dianggap musik,mungkin. Suasana malam ini biasa saja. Bezanya daripada 10ogos2012 lepas ialah malam ini ialah malam penantian. Menanti seorang sahabat untuk pulang selepas seminggu terasa kehilangan. Panjat gunung di borneo sana.
Tadi siang selepas habis menyiang untuk projek akhir, badan merembes bau hanyir ikan. Sejak tiga minggu lepas memang itu yang dibergelumangkan, makanya terbiasa. menjadi ritual hampir dipraktikkan. Dibenci, dihina, tiada sokongan moral, dihambur, dan sebut apa saja, ini yang dirasa untuk hari sepuluh september. Serba tidak kena datang daripada pendidik yang ditugas mendidik sehingga ke pembantu makmal yang harus membantu. Setiap inci tentang diri dihina. Kena sampuk syaitan atau mungkin takdir.
Petang pulang. Menghadap komputer. Teman setia yang tiada suara tapi bisa mengiyakan segala kata. Panggilan telefon berdering menghadap sebuah jawapan masih berdering. Sejak pagi dapat mesej dan panggilan yang bukan-bukan. Bukan malas melayan, tetapi kesibukan melayan manusia harian yang berada di depan mata sudah cukup menyeksakan. Mahu menambah yang di dalam panggilan, tempah tiket sebuah kepenatan mungkin.
Tapi selepas tiada langsung unsur penat bagi pemanggil telefon yang tetap setia memanggil, mengalah jalan terbaik. Mengangkat dan bercakap. Kakak. Menyuruh membeli tiket pulang ke semenanjung dari borneo. Mengiyakan dan mengikut kata. Segala aturcara pembelian tiket kapalterbang dibeli atas talian. Hidup zaman sekarang, duit dan perjalanan semua di hujung jari. Selesai semuanya, mengetuk pintu kawan hadapan. Berbicara tentang perjalanan hidup daripada pagi sehingga ke malam. Mengadu. Mengharapkan segala kata dan pengaduan dapat membunuh ragu-ragu,penyesalan,dan mengharapkan ia dapat membina sebuah semangat yang hampir layu.
Malam ini mahu tidur mengharapkan mimpi sambil menunggu teman sebilik pulang kerana percaya every pain there is healing. Dan setiap kesakitan hati, jiwa atau apa saja, sila terbang tinggi, jangan masuk mimpi kerana tidur dan mimpi sebuah kebahagiaan dicapai hanya dalam tidur. Jangan ganggu, berbelas doa kasihan.
3 comments:
hidup ni satu pengembaraan... insyallah...
ooo... Bidadari Syurga
betul. satu pengembaraan.
Post a Comment