Sunday, September 30, 2012

kimia berpenghujung



Penghujung September begini tiada apa yang jelas. Cuma ironi yang berlambak-lambak bersama  beberapa harapan penyedap hati.

Dikhianat dan mengkhianat ritual permainan wajib masyarakat akhir zaman. Tiada lagi perbualan-perbualan malam yang ingin bercakap tentang perkara-perkara yang ‘deep’. Lebih kepada mahu bercakap tentang perkara yang berada di permukaan. Jadi kurang stress lebih banyak ketawa, kurang sedikit salah satu masalah dunia.

Masa yang makin singkat.
Tak
Tak--

Masa masih dalam keadaan yang sama, dirasa singkat mungkin kerana banyak dihabiskan dengan bermimpi. Selebihnya diguna dalam rutin.

Mimpi.
Heh .
Seronok mimpi.

Hidup dalam mimpi memang seronok. Kurang seronok bila bangun, tuntutan hidup harus ditunai. Dan menjadi salah satu penyakit untuk yang semakin sakit.

Buku habis nikmat.

No comments: