Malam ahad
yang indah sambil mengetahui hakikat isnin yang menanti memang memeritkan.
Lagi-lagi kalau rutin hari isnin hari tumbuh tanduk syaitan.
Jadi malam
ahad yang diserikan dengan perut lapar minta diisi. Aku goncang tin biskut
Kosong.
Aku dapat dengar bunyi serdak biskut hancur. Enak bunyinya sehinggakan aku
ingin sekali menari-nari dan meraikan bunyi perut lapar.
Jadi bagi
menghentikan bunyi perut, aku mengambil keputusan membeli roti oat. jadi
bait-bait lagu ‘Malaysia cergas yeay...’ mula berdendang enak dalam kepala.
Isi kandungan
kertas pembalut oat tulis, roti tersebut mengandungi biji bunga matahari. ‘Ohh
dengarlah matahariku, bisikan hatiku...’ hentikan....dan dan tanpa bahan
pengawet mahupun pewarna artifisial dan aku mempercayainya buta tuli. Sebuta
hati yang gelap agamanya.
Ohh tidak,
minta dijauhkan.
Jadi (sekali
lagi perkataan jadi), aku makan roti oat tanpa pewarna artificial dan mengambil keputusan
menyapu pewangi downy yang mengandungi pewarna artificial berwarna biru supaya
roti tersebut lebih ceria seperti biasa.
Malaysia
cergas, yeay.
No comments:
Post a Comment