Thursday, August 30, 2012

tribute untuk ririn(e)

Untuk menzahirkan sesuatu yang aku tak pernah nampak secara berdepan bukan perkara senang. Lagi-lagi jika bercakap tentang perasaan sayang.

Tapi aku tahu dia seorang yang bernilai untuk orang lain. Ririne nama diberi. Aku tak tahu sama ada nama dia ada huruf e atau dieja ririn sahaja. Tapi tak apalah asal sebutan lebih kurang, tak tercela pun jasadnya.

Ririne dan Buyung. Aku tak pernah tahu apa hubungan mereka berdua, tetapi yang pasti bertuan dengan tuan yang sama. Aku pernah nampak Buyung di facebook tuannya saja. Comel. Kurus. Hitam warnanya. Mata mencerita sebuah kisah tentang hidupnya. Apa yang dilihat, apa keinginan hidup, mungkin juga bagaimana pengakhiran hidupnya. Aku cuma boleh agak dengan melihat gambar matanya di facebook milik tuannya tetapi untuk menzahirkan perasaan sebenar Buyung, memang kena tanya Buyung sendiri.

Berbeza dengan Ririne, aku tak pernah nampak bayang apatah lagi jasadnya. Kesedihan pada aras memuncak pabila Ririne meninggal dunia. Tuannya, post perasaan sedih. Mungkin aku tidak sesedih tuannya kerana aku tiada kaitan darah dengan Ririne mahupun tuannya, tetapi memang jelas tergambar perasaan sedih.

Merasa sedih. Kita semua pernah merasa sedih. Mungkin yang berbeza ialah tahap kesedihan kita. Jadi untuk tuan Ririne, Amira Syahirah, bertabahlah, kerana tuhan ada untuk kita semua.



No comments: