Monday, October 3, 2011

hal dulu

dulu masa aku masuk plkn dulu aku belajar satu perkara.bila dengar bunyi azan,kau kena bangkit dari tempat pembaringan kau dan duduk.jangan baring.kalau baring kesannya masa kau mati nanti jenazah jadi berat untuk diangkat.

aku tak pernah dengar pasal benda ni,tapi masa masuk plkn,budak-budak situ bagitahu tentang benda ni.aku tak kisah pasal benda ni sebab aku rasa ada releven nya.sebab kalau kau dengar azan dan kau tengah baring jadi perasaan malas nak solat tu ada.

tapi yang satu benda yang aku tak puas hati,waktu tu waktu zohor dan azan berkumandang.aku baring.dan ada suara-suara suruh aku bangkit.aku memekakkan telinga dan sambung tidur.

dan suara-suara kata takut jenazah aku  berat bila mahu diangkat kelak.yang kelakarnya,suara-suara tu sendiri tak menunaikan solat zohor.jadi aku nak tanya apa pula hukum orang yang tak bersolat?

memang bunyi sangatlah pathetic sekarang bila aku luahkan benda-benda macam ni,tapi hak subjektif untuk berdiri sendiri setelah aku kumpulkan keberanian daripada maharaja celaka dicelah kepala.

bodoh.
dan ini bukan untuk dituju pada si suara-suara atau aku atau kau,aku cuma rasa mahu tulis.
bagi melengkapkan naskah disebalik celahan baca-baca.

No comments: