malam ini kuantan sedang hujan.dan ego-ego mamalia masih lagi macam itu.masih lagi berada dalam keadaan selesa.tidak mahu menyerah kalah, malah memaling muka mengata yang dia masih lagi gagah.
jadi konsep mematikan-membutakan-memekakkan diri harus digunapakai bagi mencairkan ego-ego si mamalia yang tidak kenal erti menghargai.
jangan dilambung lagi kasih mahupun sayang yang tidak terperi kerana dia tidak mahu membawa sayang kita sampai ke mati.
janji-janji yang ditermetrai boleh senyum dengan angkuh dan berkata aku sedang memungkiri.
No comments:
Post a Comment