ruang kosong itu aku duduk sendiri.membayangkan betapa riuh pernah berada di situ.di setiap enam bulan mendatang akan ada satu hari kosong bertemu riuh dan riuh bertemu kosong.
dan kali ini sudah dua kali dalam masa enam bulan aku menghadap riuh-kosong itu.sama ada aku menjadi manusia kedua terakhir mahupun terakhir.sama-sahaja.ritma-ritma bunyi kekosongan di dengar.
dan didalam kekosongan itu,apa mula fikir,apa aku mampu? mampu untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya.banyak benda bermain dalam kotak kepala aku.
apa kalau aku tinggalkan ini,apa aku mampu kejar impian aku yang seribu itu? benda-benda ini bermain bagai engkau bermain jari sambil menunggu tibanya kunjungan bicara yang tak dijanji.
No comments:
Post a Comment