Tuesday, July 26, 2011

telinga dan gusi

telinga dan gusi berdiri dalam dua keadaan berbeza.satu di atas,satu di bawah.satu di luar,satu di dalam.
mereka sama dalam menerima dugaan,cuma dari sudut berbeza.

telinga tidak mampu menahan dingin luar,manakala gusi tidak mampu menahan bahang di dalam.mereka sama saja.dugaan datang dan pergi.adakala jatuh adakala berdiri.

telinga dan gusi bertemu.bercakap.kemudian,kembali ke tempat masing-masing.cuma ada satu ketika,bila gusi perlukan telinga,telinga hulurkan telinga dia untuk gusi.

masa berdetik,merubah keadaan dan zaman.merubah hati menjadi perasaan.gusi tidak lagi mencari telinga untuk dibual-bicara.yang dikononkan mahu menari bersama hanya tinggal satu igauan.

jika benar tidak mahu menjadikan kedudukan telinga di atas untuk duduk di sebelah gusi,telinga boleh kembali pada kedudukan asal dia.

tapi sekejam-kejam telinga,dia ada.tunggu,duduk di atas.mengintai gusi untuk keluar dari pelabuhannya.gusi tak tahu yang dia sebenarnya tunggu.

No comments: