Monday, May 16, 2011

maka diamkan saja

jangan pernah rasa takjub dengan zikir kau yang kata engkau kenal itu hidup.kalau kau tak pernah rasa dikambus berkali-kali,jangan pernah dihambur pada yang lain,kerana mungkin manusia yang dihambur itu sudah rasa mati beribu kali.

siapa malaikat dan siapa syaitan.
siapa neraka dan siapa syurga.

itu jangan dibeza.semua kita sama.jangan dinilai-taraf.jadi yang pernah dan sedang merasa mati,aku tahu itu pedih dan aku tahu itu sedih.

jadi pada sesiapa yang konon dikata engkau kenal hidup,kenal aku,jangan dikata.jangan dibicara,kerana ada sezarah tentang aku yang engkau dan mereka tidak tahu.walau engkau teman secarut aku,ingat di kotak fikiran,ada sezarah.

jadi sekali lagi pada sesiapa yang kononnya kenal itu hidup,aku tunggu masa mereput dan menggoyahkan jiwa engkau.mencarik-carik setiap batin yang konon kenal itu hidup.hanya masa sayang.maka bersabarlah.bila tibanya hari dan waktu bagi merasa itu,buka langkah dan beritahu aku dengan megah.

hidup atas dasar bumi yang nyata.hidup dengan rasa.sehingga waktu ini,jika tiada rasa,maka diamkan sahaja.