tak pernah aku mahu muntahkan pada dunia yang sebenarnya betul aku mahu dan betul aku rindu.
tapi rasa rindu aku buat apa mahu dicanang-canang pada yang tidak sudi.
asal engkau tahu aku rindu,cukup memadai untuk aku igau engkau lagi dalam lena aku.
aku tak mahu belit kasih pada yang tak reti memahami.walau jauh jejak langkah,kalau itu yang ada telinga dan mata untuk aku,aku tunggu sampai mati.
aku tak tahu kenapa dan mengapa engkau yang dipilih tuhan.aku cuba memandang tembus sehingga kelamnya malam timbulnya siang.
tetap jawapan yang halus aku tak berjumpa.kalau itu takdir aku,malas aku mempersoal takdir tuhan.dan mungkin ada yang terbaik di setiap tentang nya.
hari-hari mendatang mungkin aku akan diamkan engkau,catur hidup meminta aku untuk mengatur kembali hidup aku bagi kembali teratur.
aku akan mula berkhalwat sama mentari yang tiap-tiap harinya menyeringai,membakar tubuh pada tiapnya malam dan siang bagi mencari nota-nota berwarna-warni yang digilai mamalia.
2 comments:
im inlove with ur writing really haha.
I believe that in life when you lost something. always believe in "Jangan tangisi bukan yg milikmu" just let it go.
Get a hold of yourself. Organize ur life back. I sure talk a lot lol but anyhow be strong okay
terima kasih.
walau teruk disumpah-maki,sentiasa sahaja tuhan bagi ruang untuk bersendiri, mencari ketenangan yang hakiki.
Post a Comment