Monday, April 25, 2011

putaran


setiap manusia ada sisi jahat.sisi bajingan dia.jadi jangan diludah-hina sama dengan dia.dengar dan dengar,aku,engkau, dan kita manusia.manusia sentiasa akan lalu proses dijulang-jatuh.

jadi kita manusia selayaknya tidak patut menghukum setiap mengenai mereka.mungkin semasa engkau dijulang melangit,engkau lihat dia anjing kurap yang jelik.tapi ingat,roda hidup berputar selari dengan masa.

jadi perasaan takut harus ada.takut-setakutnya kita akan merasa apa yang dirasa anjing jelik tadi.jadi bila ada manusia jatuh,bantu dia bangkit agar dia tidak bangit dan agar bila kita jadi anjing jelik tadi,jelik kita ada orang pandang.

melangit aku menulis mengenai manusia.aku lupa bonda tercinta sentiasa disisi.caci-perli dia mahal.mahal yang aku rasa,kadang-kadang aku anak kecil yang tidak layak terima dia sebagai bonda.

jika ada seorang manusia yang dipanggil anak mampu bahagiakan hati bonda aku,aku sanggup tukar jiwa aku semata demi leraian helai-tawa bonda aku.

mahal jiwa dia tidak terbeli.walau dia kata dia terima cacat—hina aku,apalah sangat nak dibandingkan kasih aku berbanding dengan dia.

walau kadang-kadang dia tidak memahami,yang tidak memahami itu yang aku sayang.biar dicampak lautan bakau seberang sana,mahu lagi aku duduk-baring di sisi dia.

No comments: