kenyang merupakan rutin.kenyang dengan masalah itu benda biasa.bila kenyang dengan masalah bermakna engkau kenyang dengan berkat.
kerana bila engkau makan,kemudian engkau rasa lapar lagi,ini bermakna makanan yang engkau makan tidak berkat.
masalah benda biasa.rutin manusia.hari-hari pun kita makan masalah.berhenti makan masalah bermakna engkau berhenti berdenyut.
jadi mahu tidak mahu,makan masalah benda wajib.cuma aku rasa tindakan sebelum kita makan masalah itu berbeza.kita punya pilihan sebelum makan dan telan masalah.
sama ada kita,kemam sebelum telan atau kita ludah dan kemudian baru kita makan balik dan telan,atau kita kunyah dulu sebelum telan atau kita gigit dulu baru telan, atau kita main terus telan sahaja.
pilihan berada pada mulut dan tangan.kita pilih.
No comments:
Post a Comment