Tuesday, April 19, 2011

kawan.cinta.hidup.celaka.mampus.malapetaka

dua tiga hari ni memang berserabut.banyak benda dikejar.makin aku kejar makin berlari deras.dengan peperiksaan akhir yang buat aku longlai.ditambah dengan beberapa hari tak menulis,memang terasa ranap aku.

banyak benda buat aku rasa aku harus bersuara tapi aku kemam kan.longlai langkah bila mahu bersuara.aku tahu,aku kenal, aku bukan sesiapa yang mahal jiwanya.

semahunya aku jerit.jerit pada semua betapa aku membutuh.tapi dalam hingar aku rasa aku tenggelam.dalam pada itu aku sedar,siapa yang mahu ambil tahu,celaka punya dunia,dunia mana kenal erti mahu tahu.

aku ada heart-to-heart dengan beberapa kawan betapa aku inginkan itu-ini,aku rindu itu-ini,aku tidak mahu itu-ini dan mereka kata go for it.suarakan apa yang aku mahu,apa yang aku perlukan.

aku sangka aku gagah bersuara,rupanya aku lemah bila ada title kawan dekat depan seorang manusia.
pilihan hidup-mati mahupun hitam-putih semua aku hanya mampu kunyah dan simpan.

2 comments:

FARAH said...

i have no crdt, i miss you.

aidan ohara said...

haha.boleh pulak.