Thursday, April 7, 2011

apa perlu lagi dihujah?

jangan pernah kenal rasa hancur hanya kerana si dia,
kerana kau tidak perlu hanyut,
hanya semata kerana mereka.

untuk sudah ke berapa kali kita mampus kita akan terus mengira.mengejar sesuatu yang tidak pasti.
itu kita.
kita tidak pernah akan rasa hidup jika tidak pernah merasa kematian.
kita akan terus hidup,lalu kita merasa mati,lalu kita hidup kembali dan terima mati dengan noktah.

apa hidup memang tidak pernah sempurna.
tetapi ketidaksempurnaan,mengajar kita terima seadanya.
menjadikan ketidaksempurnaan sebagai satu benda sempurna yang perlu ada.
yang wujud,disentuh dan dirasa.

betapa pahit dendam,dengki,dipijak,diludah mahupun dimaki,
manis lagi bahagia,cinta,kasih mahupun,sayang yang kerap diberi.

No comments: