Saturday, March 19, 2011

muntah pada dunia

aku dilahirkan memang jenis bukan meluah punya type.aku jenis yang suka simpan.
ada orang pernah kata,jangan bagi orang yang jenis ni marah nanti bila dia marah,dia betul-betul marah.

tapi,aku bukan jenis tu.
jenis simpan dan meletus kemudian hari.
bukan.
sebab aku dah tanam dalam diri,masalah sendiri,simpan sendiri,biar tuhan saja yang tahu.
jenis yang macam dah tahu nak berak,gali la lubang tahi  dulu.
aku akan make sure sampai mati aku akan sebatikan betul-betul benda ni dalam diri aku.

aku belajar simpan sendiri ni masa tingkatan 3.ada ustazah ajar.aku tak suka ustazah tu,sebab dia macam suka cari pasal.tapi kata-kata dia aku pegang.

sebab tu aku suka ketawa.ketawa boleh cover macam-macam.berlagak bahagia.ala-ala aku bahagia di luar,but i am totally dying inside.dan berlagak macam you know my name but not my story.

umur dah makin meningkat ni,aku nak elak rebel.tak mahu dah rebel sangat.sekarang ni aku nak hidup dalam lamunan aku sendiri.hidup dalam mimpi dan bayangan impian sendiri.seronok hidup macam ni.macam orang gila,tapi bahagia versi lain.

sebab tu aku suka mandi.bila mandi itu  adalah masa terbaik untuk bersendirian.dalam tandas aku cakap dengan diri sendiri.dia macam berhalusinasi versi gila dengan diri sendiri.tapi gila ni tak payah masuk institusi mana-mana.macam versi gila yang tak kena bayar.maksud bayar ni pula macam contoh you want her,there is a price for that.


aku menulis entry ni sebab aku rasa hari ini aku random.random yang ''eh tetibe''.
random yang macam kau buat wall post pasal boyfriend kau kena cekau dengan seorang awek cun,then tetiba kawan kau komen dekat wall post kau tanya esok ada kelas atau tidak.

dan rutin aku sekarang aku breakfast roti gardenia yang normal yang warna putih tu dengan air milo.rutin ni sebenarnya bosan.tapi  aku tahu satu hari yang indah aku akan rindu rutin ni.aku rasa rutin ni antara rutin yang aku suka walaupun bosan.

kalau boleh #list benda-benda dalam hidup,aku akan masukkan rutin ni.panjang-panjang punya cerita tekak mesti haus kan.marilah kita minum.

okthanxbai.

6 comments:

Amira Syahirah said...

like ! untungla orang pandai menulis cm nie!

aidan ohara said...

untungla boleh beli eskem 20sen dekat kedai auntie
#eh tetibe

Aisya Rahim said...

aww!mysterious girl ;)

aidan ohara said...

haha.
oit tak adalah.

gds said...

wahh untong la ada otak boleh berkarya :) boleh buat duit kalau dikomersial kan doh. nak suruh aku public kan tak??

aidan ohara said...

kau jangan nak membabis dekat sini eh.
saya nak menulis puisi bukan cerita basi macam ni
publickan ikut suka ang la.