Thursday, March 10, 2011

dalam dua jalan aku sekarang berada di tengah-tengah


hampir dua tahun aku gunapakai konsep middle child syndrome.aku sebatikan konsep ini dalam minda aku.dalam diri aku.menghafal setiapnya.lelama hafalan aku menjadi teras hidup aku.bagai konsep rukun islam yang lima,itu contohnya.


kajian tunjuk anak-anak tengah mempunyai sesuatu dalam diri.sesuatu yang lain.


benar,setiap manusia itu berbeza setiapnya.
mempunyai keistimewaan setiap dalam dirinya.
tidak menyangkal jauh sekali mahu aku menidakkan.


cuma mahu cerita sedikat perihal ini.beberapa perenggan mengenai ini yang  dibaca yang masih melekat adalah,katanya anak-anak tengah ini,payah bekerja di bawah tekanan.mudah mengikut rentak kehidupan.senang bicara,mudah mengikut takdir tuhan.

selainnya,mereka anak yang jenis mudah bersendirian.mudah merasa bosan dengan setiap benda yang dipelajari.mahupun manusia.menyebabkan apabila berada dalam situasi in relationship,keadaan ini payah untuk dikekalkan.


faktanya yang lain mengatakan bidang kerjaya sesuai adalah journalisma.boleh aku pekatkan journalisma.memang aku percaya setiap takdir tuhan.tapi bila difikir lebih sekali,takutnya aku kaki aku salah melangkah pabila aku sendiri rasa aku sedang jatuh cinta dengan bidang ini.


journalisma dengan bidang yang sedang kaki aku berjalan ini bagai langit dengan lelangit.


ah,perkembangan kepala hotak aku kekadang menjelikkan.walaupun sebenarnya ada perasaan bimbang,aku hanya mampu persetankan.senang cerita,kita ikut flow life.

No comments: